Kelas Keusahawanan – Membuat Video Menggunakan Canva
19 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu membuat video menggunakan Canva.com. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memahirkan usahawan membuat asas video dan menarik minat pelanggan untuk membeli barangan usahawan.
Kelas ini dimulai dengan pengenalan kepada alatan-alatan yang terdapat di laman web Canva.com. Usahawan dikehendaki untuk memilih template video yang ringkas dan menarik yang berkaitan dengan bidang perniagaan beliau iaitu penjualan kuih-muih. Beliau telah diajar cara-cara mencari dan memasukkan elemen-elemen yang menarik ke dalam video tersebut. Selain itu, usahawan turut diajar cara untuk mengedit video seperiti memasukkan memasukkan mukasurat (add page), menukar warna, mengubah durasi video, memasukkan animasi dan lain-lain lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: